Kehidupan Awal George I dari Great Britain

George telah dilahirkan pada 28 Mei 1660 di bandar Hanover yang terletak dalam Duchy Brunswick-Lüneburg di Empayar Suci Rom.[lower-alpha 1] Beliau merupakan anak sulung kepada Ernest Augustus, Duke Brunswick-Lüneburg, dan isteri beliau, Sophia dari Palatinate. Sophia merupakan cucu perempuan bagi King James I dari England melalui ibu beliau, Elizabeth Stuart, Ratu Bohemia.[2]

Untuk tahun pertama dalam kehidupan beliau, George merupakan satu-satunya pewaris bagi wilayah Jerman milik bapa dan tiga orang pakcik beliau yang tidak mempunyai anak. Abang George, Frederick Augustus, telah dilahirkan pada 1661, dan (dua orang budak lelaki ini dikenali sebagai Görgen dan Gustchen oleh keluarga mereka) telah dibesarkan bersama. Ibu mereka tidak berada bersama mereka untuk hampir setahun (1664–1665) semasa satu percutian yang panjang di Itali, tetapi sentiasa berhubungan dengan pengasuh anak-anak beliau dan memberi penuh perhatian akan pembesaran mereka, lebih-lebih lagi setelah beliau kembali.[3] Sophia melahirkan empat anak lelaki dan seorang perempuan lagi bersama bersama Ernest Augustus. Dalam surat-surat beliau, Sophia memperincikan George sebagai seorang anak lelaki yang bertanggungjawap, dan prihatin yang menjadi ikutan bagi adik-adik lelaki dan perempuan beliau.[4]

Menjelang tahun 1675, pakcik sulung George meninggal dunia tanpa anak, tetapi dua orang lagi pakcik beliau telah berkahwin, menjadikan pewarisan George dalam risiko di sebabkan estet-estet pakcik beliau mungkin akan diwariskan kepada anak-anak lelaki mereka sendiri, sekiranya mereka ada, dan bukannya kepada George. Bapa George membawa beliau pergi memburu dan menunggang kuda, dan memperkenalkan beliau dengan hal-hal ketenteraan; prihatin dengan masa depan beliau yang tidak menentu, Ernest Augustus membawa George yang berumur 15 tahun ke kempen dalam Perang Belanda-Perancis dengan tujuan untuk menguji dan melatih anak lelaki beliau dalam pertempuran.[5]

Pada tahun 1679, seorang lagi pakcik beliau meninggal dunia tanpa disangka tanpa anak lelaki, dan Ernest Augustus menjadi Duke di Calenberg-Göttingen yang memerintah, dengan ibu negara di Hanover. Pakcik George yang masih hidup, George William dari Celle, telah berkahwin dengan perempuan simpanan beliau bagi mengesahkan status satu-satunya anak perempuan beliau, Sophia Dorothea, tetapi tidak mungkin akan memiliki anak lain lagi. Di bawah undang-undang Salic, di mana pewarisan wilayah dihadkan kepada pewaris lelaki, pewarisan George dan adik-adik lelaki beliau ke atas wilayah milik bapa dan pakcik-pakcik mereka kini selamat. Pada tahun 1682, keluarga bersetuju untuk menerima prinsip primogeniture, bermaksud George akan mewarisi semua wilayah dan tidak akan berkongsinya dengan adik-adik lelaki beliau.[6]